| Abstract : Dalam ilmu ukur, ukur aras, ukur terabas dan ukur tekimetri merupakan satu cabang yang penting dalam ukur kejuruteraan untuk mendapatkan dan merekodkan maklumat yang jelas di lapangan untuk perancangan dan pembinaan projek kejuruteraan. Dalam kajian ini, perisian Microsoft Excel 2000 telah diaplikasikan untuk menghasilkan antaramuka bagi memudahkan perhitungan data-data ukur aras, ukur terabas dan ukur tekimetri dengan keputusan yang lebih tepat, kemas dan teratur. Ukur aras menggunakan dua kaedah iaitu fly back and profil, ukur terabas pula menggunakan kaedah bering dan jarak, dan ukur tekimetri menggunakan kaedah optik dan elektronik. Satu program perhitungan ukur yang dikenali sebagai SURCAL (SURvey CALculation) telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2000. Hasil analisis yang dilakukan ke atas data-data yang diketahui menunjukkan bahawa program SURCAL ini sesuai digunakan untuk tujuan perhitungan ukur.1.0 Pengenalan Dalam ilmu ukur, ukur aras, ukur tekimetri dan ukur terabas merupakan satu cabang yang penting dalam ukur kejuruteraan (Engineering Surveying) untuk mendapat dan merekodkan maklumat yang jelas di lapangan untuk perancangan dan pembinaan beberapa jenis projek kejuruteraan. Di antara tujuannya adalah untuk menyediakan perkara-perkara seperti pembuatan pelan atau peta, sebagai tanda menanda di tapak bina untuk kerja-kerja dalam rancangan pengairan, saliran dan jalan raya serta mengira luas kawasan dan isipadu kerja tanah (Bannister & Raymond, 1983). Ukur aras merupakan proses mengukur beza tinggi antara dua atau lebih titik. Ukur aras banyak digunakan dalam ukur kejuruteraan, terutamanya digunakan dalam semua peringkat projek pembinaan daripada ukur tapak binaan awalan sehingga pemancangan akhir. Peralatan khas yang dikehendaki untuk menjalankan ukur aras ialah alat aras optik, kaki tiga atau tripod dan setaf aras. Selain ukur aras, ukur tekimetri pula merupakan satu cabang ukur yang mana ketinggian dan jarak diperolehi daripada bacaan alat itu sendiri tanpa menggunakan pita ukur. Penggunaan kaedah tekimetri ini adalah sangat sesuai untuk paramuka bumi yang sentiasa berubah-ubah seperti lurah sungai, teras, lereng-lereng bukit yang mana penggunaan pengukuran linear adalah sukar dilakukan. Ukur terabas pula adalah suatu cara untuk menyediakan jaringan kawalan mengufuk di mana kedudukan ditentukan melalui gabungan pengukuran sudut dan jarak antara urutan garisan yang menghubungi stesen-stesen kawalan. Terabas digunakan untuk dua tujuan utama iaitu (Bannister & Raymond, 1983):
Dalam kajian ini, perisian Excel 2000 yang dihasilkan oleh Microsoft Corporation digunakan untuk menyediakan antaramuka bagi memudahkan perhitungan data-data ukur tekimetri, ukur terabas dan ukur aras. Selain itu, ia dapat menghasilkan keputusan dengan lebih cepat, kemas dan teratur. Bagi perhitungan ukur tekimetri terdapat 2 kaedah iaitu kaedah optik atau setaf pugak dan kaedah elektronik atau EDM. Manakala untuk ukur terabas kaedah bering dan jarak digunakan. Pelarasan kaedah Bowditch digunakan untuk melaraskan terabas tersebut. Dalam ukur aras, terbahagi pula kepada dua kaedah iaitu kaedah fly back dan kaedah profil. Kaedah fly back dapat membuat pelarasan dengan merujuk kepada sama ada aras laras awal atau aras laras akhir yang telah diketahui. Manakala kaedah profil dapat menghasilkan rajah profil mengikut data-data yang telah dimasukkan tetapi ia tidak dapat membuat pelarasan. Penghitungan ukur aras dilakukan dengan menggunakan kaedah naik turun dan kaedah tinggi garis kolimatan. Rajah 1 menunjukkan cartalir metodologi untuk perhitungan ukur terabas, ukur tekimetri dan ukur aras. Data-data yang perlu dimasukkan ke dalam jadual ukur terabas ialah stesen, garis, jarak, bering dan koordinat permulaan. Setelah data-data ini dimasukkan, perhitungan akan dilakukan dan keputusan yang akan diperolehi ialah nilai latit dan dipat, koordinat sebelum pelarasan, selisih tutup, tikaian, pembetulan latit dan dipat, koordinat selepas pelarasan serta rajah terabas sebelum dan selepas pelarasan.
Rajah 1: Carta Alir Metodologi
Selain itu, bagi jadual tekimetri kaedah optik atau setaf tegak, data-data penting yang perlu dimasukkan ialah nombor stesen, koordinat stesen, aras laras stesen, tinggi alat, bering, sudut pugak, bacaan stadia (atas, tengah dan bawah) dan catatan. Di samping itu pula, bagi kaedah elektronik atau EDM, data-data seperti nombor stesen, koordinat stesen, bering, sudut pugak, aras laras stesen, tinggi alat, tinggi prisma, jarak cerun atau jarak ufuk dan catatan perlu dimasukkan. Keputusan yang akan didapati ialah koordinat titik, jarak ufuk antara stesen dengan sesuatu titik dan aras laras titik tersebut. Bagi ukur aras pula, terdapat dua kaedah iaitu kaedah fly back dan kaedah profil. Keputusan bagi kedua-dua kaedah tersebut akan dihasilkan dalam bentuk jadual ketinggian garis kolimatan dan naik turun, data-data yang perlu dimasukkan ialah aras laras titik permulaan, aras laras titik akhir (jika diketahui), pandangan belakang, pandangan perantaraan, pandangan hadapan dan catatan. Keputusan yang akan diperolehi ialah aras laras sebelum pelarasan, pembetulan aras, aras laras selepas pelarasan, selisih tutup, kelas kerja ukur dan rajah profil.
Rajah 2: Carta Alir Program SURCAL
Apabila hendak memulakan perhitungan ukur, pengguna perlu menekan butang Menu. Selepas butang Menu ditekan, satu Edit Box akan terpapar pada skrin sebagai catatan maklumat pengguna seperti ditunjukkan dalam Rajah 3 dan Rajah 4. Rajah 3: Butang Menu ![]() Rajah 4: Edit Box Maklumat-maklumat yang perlu diisikan adalah seperti nama kumpulan, tarikh kerja ukur dilaksanakan, lokasi dimana kerja ukur dilakukan, nama pencerap iaitu nama individu yang mengoperasikan alat ukur dan nama pencatat iaitu individu yang merekodkan data-data ukur. Akhir sekali barulah memilih jenis kaedah pengukuran yang dikehendaki pada Scroll Bar yang terletak di bawah Edit Box dan tekan butang O.K. Sila rujuk Rajah 5. ![]() Rajah 5: Scroll Bar 4.0 Analisa Jadual 1: Keputusan Analisis Data Ukur Aras
![]() Rajah 6: Keputusan Ukur Aras (Kaedah Naik Turun) 5.0 Analisis Kaedah Ukur Terabas
Selepas membuat perbandingan, didapati bahawa selisih koordinat muktamad adalah di antara 0 ~ 1mm (Jadual 2 dan Rajah 8).
Jadual 2: Keputusan Analisis Data Ukur Terabas
![]() Rajah 8: Keputusan Ukur Terabas Selepas Pelarasan (Kaedah Bowditch) 6.0 Analisis Kaedah Ukur Tekimetri
Jadual 3: Keputusan Analisis Data Ukur Tekimetri (Kaedah Elektronik)
![]() Rajah 9: Keputusan Bagi Data Ukur Tekimetri (Kaedah Elektronik) Data-data ukur tekimetri (kaedah optik) adalah diperolehi daripada Bannister & Raymond (1983). Kerja ukur tekimetri ini mempunyai 11 data di mana alat EDM diduduki pada tiga stesen yang berasingan iaitu stesen A, B dan C untuk mencerap data-data tersebut. Stesen A, B dan C masing-masing mempunyai nilai aras laras dan nilai koordinat seperti yang berikut: Stesen A - 25.810m, (1000U, 1000T) Selisih aras laras selepas membuat perbandingan adalah di antara 0 ~ 5mm (rujuk Jadual 4). Jadual 4: Keputusan Analisis Data Ukur Tekimetri (Kaeadeh Optik)
7.0 Kesimpulan Kajian yang dijalankan ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektifnya. Keputusan yang dihasilkan adalah seperti yang terkandung di dalam objektif kajian, iaitu mewujudkan antaramuka untuk perhitungan ukur yang lebih bersifat user friendly, senang digunakan, cepat, kemas dan teratur. Program SURCAL ini adalah sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar peringkat permulaan yang baru mempelajari subjek ukur tanah. Ujian ke atas data-data yang diketahui membuktikan bahawa program SURCAL ini boleh diaplikasi untuk tujuan perhitungan ukur. RUJUKAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muralaranshaki
Daftar Isi
- Transfer Koordinat dari Excel ke Dalam AutoCAD
- Rumus perhitungan koordinat pd theodolite
- Menghitung volume cut dan fill pada autocad land desktop
- Aplikasi Perisian Microsoft Excel untuk Perhitungan Ukur
- Perhitungan jarak datar dan azimuth dgn kalkulator casio fx 3600 fx 3800
- Software struktur TEKLA
- Pengukuran dan Penghitungan Poligon
- autoCad dan excel
- Cara membulatkan ke angka .5 dan .25
- Analisa Tingkat Kekritisan Daerah Aliran Sungai (DAS) menggunakan Sistem Informasi Geografi (GIS)
- Program Calcula...
- Digital Map
Flickr Photos
More Photos Blogroll
Kategori
Land Development
Klik tertinggi
Photo









